Anak mohon baitulmal nak sambung belajar, ibu pula nak ‘claim’ 50 peratus

Anak mohon baitulmal nak sambung belajar, ibu pula nak ‘claim’ 50 peratus. Keterujaan seorang anak muda untuk melanjutkan pelajaran terbantut apabila ibunya meminta separuh daripada bantuan baitulmal yang bakal diterima.

Menerusi khidmat direct message (DM) pengacara dan personaliti TV3, Ahmad Fedtri Yahya, pelajar tersebut berkongsi bahawa ibunya tumpang gembira apabila dia menerima tawaran sambung belajar.

Namun, tanpa bertimbang rasa, si ibu meminta pengadu untuk menyerahkan seperdua daripada bantuan baitulmal negeri yang dipohonnya iaitu sebanyak RM4000.

Hal ini kerana menurut si ibu, pengadu perlu membalas budi dan jasa baiknya yang sudah mengeluarkan modal dalam urusan salinan photostat.

Anak mohon baitulmal nak sambung belajar, ibu pula nak 'claim' 50 peratus

Pengadu yang gusar itu bertindak menghantar DM kepada Fedtri yang mempunyai pengikut yang ramai dalam usaha mencari jalan penyelesaian.

Baca Artikel Penuh