Anak layan ibu macam orang gaji, rasa berhak kerana beri duit belanja setiap bulan

Tidak ubah seperti orang gaji, itulah layanan kejam diberikan oleh dua adik-beradik kepada ibu mereka yang sudah lanjut usia.

Bayangkan, tubuh uzur milik warga emas berusia 65 tahun itu dikerah oleh dua orang anak kandungnya yang sudah bekerjaya untuk membuat semua kerja-kerja di rumah.

Selain memasak, wanita berkenaan juga terpaksa menggalas tanggungjawab untuk mengemas rumah, mencuci pakaian, menyidai dan juga melipat baju anak-anaknya.

Anak layan ibu macam orang gaji, rasa berhak kerana beri duit belanja setiap bulan

Bukan itu sahaja, dua orang anak yang tidak berperikemanusiaan itu turut tergamak membiarkan sang ibu bersendirian menguruskan kucing peliharaan keluarga mereka.

Sang ibu yang kelesuan akibat membuat kerja rumah seharian itu langsung tidak dapat berehat kerana perlu memberi makan dan membuang najis haiwan tersebut.

Baca Artikel Penuh