Ambulans terbalik di persimpangan lampu isyarat, 2 cedera

Ambulans

Ambulans terbalik di persimpangan lampu isyarat, 2 cedera. Dua petugas lelaki Kementerian Kesihatan (KKM) cedera selepas ambulans yang dinaiki melanggar sebuah kereta lalu terbalik di persimpangan lampu isyarat Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce/ Jalan Green, di sini.

Dalam kejadian jam 6.20 petang itu, ambulans berkenaan dalam perjalanan untuk mengambil pesakit positif COVID-19 di Stadium Perpaduan Kuching untuk dihantar ke Kolej Sains Kesihatan Bersekutu, Batu 13.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintendan Alexson Naga Chabu, berkata pemandu ambulans berusia 43 tahun cedera di bahagian tangan kanan manakala pembantu perubatan berusia 39 tahun penumpang di bahagian hadapan cedera di bahagian tangan kiri.

Beliau berkata, pemandu kereta lelaki dan teman wanitanya masing-masing berusia 22 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian itu.

Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta bergerak selepas lampu isyarat hijau dari arah Wisma Seberkas menghala Jalan Green, dilanggar ambulans yang dari arah Bulatan Batu 3 di Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ambulans

Alexson berkata, pemandu kereta mendakwa ambulans tidak memasang bunyi siren menyebabkan dia tidak sedar kehadiran kenderaan itu dan siasatan awal mendapati terdapat unsur kecuaian.

“Ketika melalui lampu isyarat berwarna hijau ia telah dilanggar oleh sebuah ambulans Klinik Kesihatan Batu Kawa yang bergerak dari arah Bulatan Batu 3 di Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce menghala ke Stadium Perpaduan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, akibat kemalangan itu ambulans rosak di bahagian hadapan kiri, manakala kereta rosak di bahagian hadapan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Berita Penuh : https://www.bharian.com.my/berita/kes/2021/08/857531/ambulans-terbalik-dua-petugas-kesihatan-cedera

BACA: Panas !!! Belum pun angkat sumpah, Faizal didakwa mula salahguna kuasa

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)