Ambulans kemalangan, kakitangan KKM maut

Seorang pembantu pegawai perubatan maut, manakala pemandu ambulans parah selepas kenderaan dinaiki bertembung dengan treler di Jalan Ayer Hitam Batu 49, Simpang Renggam, di sini, kira-kira 8 malam tadi.

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II Abd Rahim Razali, mangsa yang meninggal dunia ialah Aidil Hamidun, 27, manakala yang parah Othman Ghafan, 50.

Katanya, turut tercedera dalam kemalangan itu dua pesakit wanita yang belum dikenal pasti identitinya selain seorang pesakit lelaki dikenali sebagai Sukiman Hassan, 59, manakala pemandu treler berusia 35 tahun selamat.

Ambulans kemalangan, kakitangan KKM maut

AMBULANS bertembung dengan treler di di Jalan Ayer Hitam Batu 49, Simpang Renggam malam tadi. FOTO Ihsan Bomba

“Difahamkan, ambulans berkenaan dalam perjalanan membawa pesakit dari Machap untuk dihantar ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) bagi menerima rawatan.

“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di tempat kejadian, didapati berlaku kebakaran kecil pada bahagian hadapan ambulans milik Kementerian Kesihatan Malaysia berkenaan.

“Ketika PKO tiba di lokasi kejadian, api dipadamkan oleh orang awam dengan menggunakan satu unit alat pemadam api jenis debu kering,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, semua mangsa berjaya dikeluarkan dan mangsa yang cedera diberikan rawatan awal sebelum dihantar ke HEBHK dengan menggunakan ambulans KKM.

“Manakala mangsa yang meninggal diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

“Punca kebakaran akibat kemalangan masih lagi dalam siasatan dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada 9.24 malam,” katanya.

Berita Penuh : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/09/752191/pembantu-pegawai-perubatan-maut-pemandu-ambulans-parah

BACA JUGA : KJ puji inisiatif PeKa B40 yang diperkenal kerajaan PH

COMMENTS