Ambil perhatian tarikh bayaran BKM fasa 2, jangan terlepas

Ambil perhatian tarikh bayaran BKM fasa 2, jangan terlepas

Ambil perhatian tarikh bayaran BKM fasa 2, jangan terlepas. Bayaran berperingkat Fasa 2 Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) akan disalurkan bermula 27 Jun ini.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menerusi satu hantaran di laman Facebooknya hari ini.

Menurut Tengku Zafrul, secara keseluruhannya, sebanyak RM1.74 bilion diperuntukan untuk memanfaat hampir 8.6 juta penerima daripada golongan yang berpendapatan rendah.

“Saya berharap bantuan daripada kerajaan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban #KeluargaMalaysia,” ujarnya.

Ambil perhatian tarikh bayaran BKM fasa 2, jangan terlepas

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bantuan tunai tambahan sebanyak RM100 bagi yang berkeluarga dan RM50 bagi yang bujang.

BACA:

Kerajaan umum BKM tambahan sebanyak RM500, ini senarai yang layak

Ini tarikh dan pembayaran terkini BKM Fasa 2

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)