Amaran Tsunami dikeluarkan setelah gempa bumi dikesan

Tsunami

Amaran Tsunami dikeluarkan setelah gempa bumi dikesan. Pemantauan Geologi Amerika Syarikat (USGS) mengeluarkan amaran gempa bumi berukuran 8.2 skala Richter yang melanda semenanjung Alaska, awal pagi tadi.

Gegaran gempa bumi itu dapat dirasakan sehingga 91 kilometer (km) di tenggara bandar Perryville.

Perryville merupakan sebuah perkampungan kecil dengan jarak 800 km dari Anchorage, Alaska.

Kerajaan AS mengeluarkan amaran tsunami susulan kejadian itu.

Tsunami

Sistem Amaran Tsunami AS menerusi kenyataan memaklumkan gelombang tsunami berbahaya dijangka berlaku dalam tiga jam akan datang di beberapa kawasan pantai.

Sebelum ini, gempa bumi berukuran 7.5 skala Richter yang menyebabkan gelombang tsunami melanda pantai selatan Alaska, Oktober lalu.

Namun, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.

Berita Penuh :https://www.utusan.com.my/luar-negara/2021/07/gempa-bumi-landa-alaska-amaran-tsunami-dikeluarkan/

jika Terlepas: Gempar !!! Para Menteri bertali arus dilihat memasuki rumah Muhyiddin

COMMENTS

Wordpress (0)