AMANAH umum tangguh Konvensyen Tahunan, kerah ahli bantu mangsa banjir

AMANAH menangguhkan Konvensyen Nasional mereka yang sepatutnya berlangsung hari ini ekoran banjir yang melanda seluruh negara khasnya di Lembah Klang.

Setiuasaha Agung AMANAH, Dr Mohd Hatta Ramli dalam satu kenyataannya berkata, tarikh baru konvensyen tahunan ini akan ditetapkan kemudian.

“Setelah meneliti keadaan terkini banjir yang melanda Selangor dan beberapa negeri di seluruh negara, dan kesannya kepada ramai penduduk yang terlibat, dan atas rasa solidariti dan kepedulian dengan semua mangsa dan rakyat, maka dengan persetujuan kepimpinan parti, adalah dimaklumkan bahawa Konvensyen Nasional Parti Amanah Negara 2021, yang telah ditetapkan pada hari ini, Ahad, 19 hb Disember 2021 ditangguhkan kepada tarikh dan tempat yang akan dimaklumkan kemudian.

“Kami memohon maaf diatas segala kesulitan,” kata Dr Hatta dalam kenyataan ringkas itu.

Presiden AMANAH, Haji Mohamad Sabu dalam satu kenyataannya pula memaklumkan, beliau telah mengarahkan semua jentera AMANAH di semua poeringkat untuk membantu mangsa banjir.

amanah

 

“Sebagai Presiden AMANAH saya mengarahkan semua peringkat sayap parti terutama Pemuda, Wanita (Awan), Arief, Warda, kawasan dan negeri untuk turun segera membantu mangsa banjir di seluruh negara, khususnya di Selangor.

“Konvensyen AMANAH yang sepatutnya diadakan hari ini telah kita tangguhkan bagi mendahulukan perkara berkaitan kepentingan rakyat,” kata Mohamad dalam satu kenyataanya.

Konvensyen AMANAH Nasional 2021 ini sepatutnya berjalan di Dewan Raja Muda Musa, Shah Alam, Selangor mulai pagi hingga malam ini.

Semalam berlangsung konvensyen Pemuda dan Wanita AMANAH Nasional yang berlangsung secara hibrid.

 

BACA JUGA :

[VIDEO] Tular !!! Buaya Sungai Linggi muncul naik ke jalan raya

Panas !!! Ayob Khan dedah PATI bayar RM500 hingga RM3,000 keluar masuk Malaysia

Rakyat dilarang senyum dan ketawa

Artikel ini disiarkan pada 19/12/2021

COMMENTS

Wordpress (0)