AMANAH Parit Buntar tambah tiga cawangan lagi di DUN Kuala Kurau

AMANAH Parit Buntar tambah tiga cawangan lagi di DUN Kuala Kurau.AMANAH kawasan Parit Buntar terus melebarkan sayapnya dengan menubuhkan tiga lagi cawangan penaja di DUN Kuala Kurau

Setiausaha AMANAH Kawasan Parit Buntar, Ahmad Firdaus Mohamad berkata, AMANAH semakin mendapat sokongan penduduk kerana khidmat kebajikan yang berterusan diberikan kepada penduduk walaupun Ahli Parlimen Parit Buntar bukan lagi menjadi wakil kerajaan

“Selepas tumbangnya kerajaan PH di peringkat nasional dan negeri Perak, khidmat kebajikan kepada rakyat dalam Parlimen Parit Buntar tidak terhenti namun terus berjalan seperti biasa.

“Kami tidak menjadikan alasan kekangan dana untuk tidak membantu rakyat, sebaliknya kekangan ini menambahkan usaha kami mencari dana untuk membantu rakyat terutama yang terkesan akibat Covid 19,” katanya.

Ahmad Firdaus berkata, fail penubuhan tiga cawangan penaja tersebut telah diserahkan kepada Naib Presiden AMANAH Tuan Haji Adli Zahari semasa program santai malam bersama Cawangan-Cawangan AMANAH kawasan Parit Buntar di Dataran AMANAH Parit Buntar, Bagan Tiang.

“Cawangan penaja yang terlibat ialah Parit Haji Wahab Bawah Luar, Kampung Baru Pandak Putih dan Pekan Kuala Kurau

AMANAH  Parit Buntar tambah tiga cawangan lagi di DUN Kuala Kurau

“Masih ada lagi beberapa cawangan yang akan menyusul penubuhan jawatankuasa penaja dan majlis penyerahan borang ahli,” katanya

Menurutnya, selepas membantu mangsa banjir di Puchong, Selangor, Tuan Haji Adli Zahari sempat hadir ke Parit Buntar untuk bersama AMANAH Kawasan dan Cawangan-Cawangan dalam Parlimen Parit Buntar.

“Program santai yang dihadiri oleh wakil-wakil Cawangan diisi dengan suntikan motivasi dan penerangan isu-isu semasa oleh Tuan Haji Adli Zahari

“Semoga suntikan motivasi ini , Cawangan-Cawangan AMANAH dalam kawasan Parit Buntar terus bergerak membantu masyarakat dalam cawangan masing-masing” katanya

Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf Rawa turut hadir meraikan kehadiran Tuan Haji Adli Zahari ke Parit Buntar.

BACA JUGA:

Kecewa tiada tindakan terhadap dakwaan pemilikan 2 juta saham oleh Azam Baki, ahli panel SPRM letak jawatan
My30 sudah jadi My50, pas perjalanan tanpa had naik harga RM20 – Menteri
Cara hapuskan kesan najis cicak tanpa guna waterjet

Artikel ini disiarkan pada 28/12/2021

COMMENTS

Wordpress (0)