AMANAH Parit Buntar gerak jentera pilihanraya pertahan kemenangan

AMANAH Parit Buntar gerak jentera pilihanraya pertahan kemenangan

AMANAH Parit Buntar akan mempertingkatkan gerak kerja jentera pilihanraya sebagai persediaan mempertahankan kemenangan di Parlimen Parit Buntar, DUN Titi Serong dan DUN Kuala Kurau dalam Pilihan Raya Umum ke-15 .

Ketua AMANAH Kawasan Parit Buntar, Adnan Abd Rahman berkata, kemenangan dalam pilihanraya tidak akan tercapai jika jentera pilihanraya lemah, tidak tersusun dan tidak bersedia.

“ Walaupun musuh bergolak dan bercakaran antara satu sama lain, kita tidak boleh selesa kerana kemenangan PH semasa PRU 14 tidak besar walaupun bertanding tiga penjuru

“ Perlu diingat, Umno pada PRU 14 terpalit dengan pelbagai isu rasuah, 1MDB dan GST masih mampu menang 27 kerusi di Perak. Kini , isu-isu yang menghimpit Umno ini sudah tiada” katanya semasa ditemui selepas Majlis Perasmian Mesyuarat Tahunan Cawangan AMANAH kawasan Parit Buntar Zon Kuala Kurau di Batu 7 , Jalan Baharu dekat sini.

Majlis perasmian berkenaan disempurnakan oleh Ustaz Zolkarnain Abidin, Pengerusi Panel Syariah AMANAH Nasional. Turut hadir Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf Rawa , Naib Presiden AMANAH yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar

Adnan berkata, AMANAH kawasan Parit Buntar dalam tempoh mengadakan mesyuarat tahunan peringkat cawangan yang melibatkan 46 cawangan berdaftar dalam Parlimen Parit Buntar.

“ Pada malam ini, perasmian mesyuarat tahunan melibatkan cawangan-cawangan zon Kuala Kurau dalam DUN Kuala Kurau

“ Perasmian mesyuarat tahunan sebahagian cawangan lagi yang terletak dalam zon Tanjung Piandang akan diadakan pada minggu hadapan “ katanya

Beliau berkata, beberapa fokus gerak kerja pilihanraya yang mesti diambil perhatian dan tindakan oleh cawangan AMANAH di setiap Daerah Mengundi.

“ Perkemaskan struktur organisasi Daerah Mengundi dan melakukan persiapan menyediakan petugas pilihanraya cawangan untuk Daerah Mengundi terlibat

“ Paling penting cawangan AMANAH terus menjadi wakil parti bergerak aktif membantu rakyat walaupun AMANAH bukan lagi menjadi kerajaan”katanya

COMMENTS