Amalan penjarakan sosial bantu cegah wabak Covid-19 dari merebak

Disiplin “Penjarakan Sosial” di tempat awam

Jarak antara orang lain ialah 1 meter

Memakai topeng muka

Tidak berlaku sentuhan sesama manusia

Jaga adab – tidak batuk dan bersin

Hal ini sudah dibagitahu sejak mantan Menteri Kesihatan Dr Dzulkefli Ahmad ketika pandemik coronavirus mula menyerang Malaysia, tapi tak ramai ambik endah.

Malah ketika wabak tengah hebat dan negara dikenakan PKP, pun masih ramai yang keluar ke tempat awam dengan tidak memakai topeng muka.

Sepatutnya arahan pakai topeng muka mesti dimasukkan sebagai amalan wajib di tempat awam!

Kita lihat negara Sweden dan Taiwan tidak mengadakan PKP dan aktiviti ekonomi diteruskan dengan disiplin seperti yang disarankan, dan mereka berjaya membendung wabak dari merebak secara meluas.

Wabak, tetaplah wabak kerana ia ujian dan bala dari Tuhan, namun perkara asas kesihatan yang disarankan wajib diikuti.

Ramai berdoa, pergilah wabak, pergilah bala, angkatlah dari bumi ini tapi masih ramai yang tak peduli tentang penjarakan sosial atau social distancing. Doa apa lagu tu?

Ayuh kita amalkan dan jangan hipokrit. Seeloknya duduk di rumah jika tiada urusan penting.

Sumber: