Alphard China laku keras, mampu tandingi Alphard original

Alphard China laku keras, mampu tandingi Alphard original. Sekilas pandang, Denza D9 2022 jelas sebuah MPV yang diilhamkan oleh Toyota Alphard justeru tidak hairanlah jika ia mendapat sambutan hangat di China. Bukan main-main laku apabila sebanyak 3,000 unit telah ditempah dalam masa 30 minit selepas pelancarannya di negara Tembok Besar itu.

Nama Denza mungkin tidak begitu dikenali dalam kalangan pembaca Malaysia tetapi jenama itu sebenarnya adalah usaha sama antara BYD dan Mercedes-Benz.

Untuk pasaran China, MPV Denza D9 2022 ini boleh didapati dengan dua pilihan rangkaian kuasa.

Pertama adalah enjin plug-in hibrid petrol-electric (PHEV) yang menampilkan enjin 4-silinder 1.5 liter turbocaj yang disambungkan pada motor elektrik yang dipasang di roda hadapan. Versi AWD bagi Denza D9 menambah susunan motor elektrik kedua pada gandar belakang.

Bagi rangkaian kuasa kedua, ia adalah versi elektrik sepenuhnya, dalam bentuk kenderaan elektrik bateri (Battery Electric Vehicle). Tidak hairanlah kerana BYD sememangnya pengeluar kenderaan elektrik yang terkemuka di China.

Alphard China laku keras, mampu tandingi Alphard original

Denza tidak menyenaraikan sebarang angka output kuasa untuk MPV baharunya ini, tetapi lebih berminat untuk mendakwa bahawa model versi hibrid boleh menawarkan jarak pemanduan antara 970 km hingga 1,040 km.

Untuk versi BEV pula, ia menawarkan jarak pemanduan sehingga 600 km. Kedua-dua angka jarak pemanduan dipetik di bawah kitaran ujian CLTC.

Selain itu, Denza juga mendakwa bahawa Denza D9 versi elektrik menawarkan pengecasan pantas DC pada 166 kW. Pengecasan pantas selama 10 minit akan memberikan jarak pemanduan 150 km, manakala pengecasan dari 30% hingga 80% hanya mengambil masa 30 minit.

Dari segi dimensi, MPV ini ialah 5,520 mm panjang, 1,960 mm lebar, 1,920 mm tinggi, dan menawarkan jarak roda sepanjang 3,110 mm. Sebagai konteks, ini meletakkan Denza D9 lebih besar daripada Toyota Alphard dalam segala aspek, termasuklah jarak rodanya.

Setiap varian Denza D9 2022 mampu memuatkan 7 penumpang dengan selesa. Malah, Denza mendabik dada dengan keluasan MPV terbaharunya ini sehingga mampu memuatkan 7 orang dewasa berketinggian 180 cm dengan selesa, bersama-sama dengan 7 bagasi di belakangnya.

Bagi mereka yang mencari MPV yang lebih eksklusif boleh memilih Denza D9 Founder’s Edition. Terhad kepada hanya 99 unit, varian ini memuatkan hanya 4 penumpang – mirip model Lexus LM yang sangat mewah.

Dari segi keselamatan, Denza D9 menawarkan tidak kurang daripada 9 beg udara untuk memastikan penumpangnya selamat, serta pemanduan separa autonomi L2+.

Harga bagi Denza D9 ini bermula dari RMB 335,000 (~RM 220k) hingga RMB 445,000 (~RM 290k) untuk varian PHEV, manakala varian BEV berharga antara RMB 390,000 (~RM 254k) hingga RMB 460,000 (~RM 300).

Untuk mereka yang merasai kemewahan hidup, Denza D9 Founder’s Edition berharga dari RMB 660,000 (~RM 430k) – suatu angka yang tinggi untuk sebuah MPV China.

BACA:

Gambar tular : Ini respon Najib

Jantung Bob Lokman hanya berfungsi 10 peratus

Hari Guru : Gaya cikgu ‘dress up’ jadi perhatian, yang pakai sweater merah paling win

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)