Alif Satar akhirnya dedah sebab utama anjur gerakan solat Subuh macam solat Jumaat

Penyanyi dan pelakon, Alif Satar tampil menjelaskan punca dirinya terdetik untuk mengajak para pengikutnya di media sosial untuk mendirikan solat Subuh secara berjemaah di masjid.

Menurut OhBulan!, Alif atau nama sebenarnya Muhammad Alif Mohd Satar berkata,

idea tersebut mula tercetus selepas dirinya hadir diri ke kelas agama.

Alif Satar akhirnya dedah sebab utama anjur gerakan solat Subuh macam solat Jumaat

Gerakan subuh berjemaah ini bermula sewaktu saya sertai kelas agama dan waktu itu tengah hangatnya mengenai isu di Palestin.

Waktu itu, ustaz yang mengajar tu cakap ramai orang selalu tanya dia macam mana orang Islam nak menang dan dia pun tanya satu soalan ja, ‘Kau solat Subuh di masjid tak?’

Baca Artikel Penuh