Alamak…bentuk Proton Saga versi kemaskini bocor pulak

Alamak…bentuk Proton Saga versi kemaskini bocor pulak.Selepas Aidilfitri ini, industri automotif Malaysia boleh dikatakan rancak apabila banyak model baharu yang akan diperkenalkan.

Selain Perodua, Toyoto dan Honda, Proton juga tidak mahu ketinggalan untuk memperkenalkan model baharu.

Difahamkan, Proton bakal melancarkan Saga 2022 (Minor Change 2 (MC2) selepas Hari Raya Aidilfitri ini.

Bagaimanapun sebelum majlis pelancaran secara rasmi dilakukan, risalah produk berkenaan dikatakan bocor di laman Facebook Saga R3 Community.

Untuk memudahkan anda mengetahui perubahan yang dilakukan, ini gambarnya disiarkan pada laman media sosial berkenaan:

Sistem kemasukan tanpa kunci

Butang Penghidup Enjin

Unit infotainmen tujuh inci jenis terapung dengan sistem operasi Altas OS

Penyaman udara kawalan iklim

Panel meter kelajuan dari rekaan daripada model Iriz/Persona

5 Pilihan Warna

Kami menjangkakan tiada perubahan pada bahagian mekanikal yang mana Saga akan menggunakan janakuasa 1.3 liter 4-silinder. Ia menghasilkan kuasa 95PS pada 5,750rpm dengan tork setinggi 120Nm pada 4,000rpm.

Saga sedia ada masih lagi ditawarkan dengan versi manual lima kelajuan dan tidak diketahui adakah versi manual ini akan dikekalkan.
TONTON :

BACA:

Bentuk Proton X70 versi baharu tular di media sosial, garang habis nampak

Nak elak jem teruk, ini senarai jadual perjalanan lebuhraya yang wajib anda tahu

Sebar maklumat sulit, Rumah Bonda nekad saman pelaku

CATEGORIES