‘Aku yang tangkap kau berkhalwat dengan suami orang, aku pula yang dimasukkan ke dalam lokap’

Sebulan lebih sebelum tarikh ini lebih kurang pada 28 Ogos 2022, kita berdua bertengkar kerana teguran aku kepada kau mengenai kau yang terlalu taksub dengan telefon bimbit kau.

Sehingga ke dalam tandas pun kau bawa. Takut sangat kalau aku pegang telefon kau tu.

Kau begitu melekat dengan telefon bimbit kau itu dan kelakuan kau kebelakangan ini sangat mencurigakan daripada kebiasaan.

Seperti ada sesuatu yang engkau sembunyikan dari aku. Teguran itu adalah kerana aku kurang senang dengan situasi tersebut.

Malam pertengkaran kita itu adalah se usai kita sekeluarga tengok wayang. Akibat pertengkaran itu, kau membuat keputusan untuk lari dari rumah kelamin kita pada pagi keesokannya.

‘Aku yang tangkap kau berkhalwat dengan suami orang, aku pula yang dimasukkan ke dalam lokap’

Baca Artikel Penuh