Bagi kebanyakan orang, pengalaman putus tunang adalah salah satu momen yang paling menyakitkan dalam hidup, lebih-lebih lagi apabila sudah hampir menjejakkan kaki ke alam perkahwinan
Kecewa dengan kegagalan, pintu hati sering kali tertutup rapat untuk menerima cinta baharu.
Namun, itu tidak berlaku bagi seorang jururawat yang pada mulanya enggan lagi memberi ruang untuk cinta selepas dikecewakan oleh bekas tunangnya.
Kehidupan terasa sepi tanpa teman di sisi, sehinggalah dia bertemu dengan seorang lelaki yang merubah pandangannya terhadap cinta.
“Kami berkenalan di sebuah kedai makan. Dia minta nombor telefon, tetapi aku tak bagi. Namun, dia berjaya dapatkan nombor daripada kawan serumah yang menemani aku waktu itu,” cerita wanita ini mengenang pertemuan pertama mereka pada tahun 2011.
Selepas itu, lelaki tersebut beberapa kali menghubunginya melalui panggilan dan mesej. Meskipun wanita ini tidak layan pada awalnya, dia mula memberi perhatian selepas tiga bulan. Ketika diajak berkaraoke, wanita ini bersetuju dengan syarat membawa teman. “
Lepas keluar makan, aku rasa dia okey, dan suara dia mirip (Datuk) Jamal Abdillah. Itu yang buat aku mula jatuh hati,” tambahnya.
Selepas enam bulan berkawan, lelaki itu menunjukkan kesungguhan dalam perhubungan mereka, sentiasa memberikan hadiah, makanan, dan nasihat yang baik. Walaupun begitu, dia masih belum bersedia untuk membawa hubungan mereka ke peringkat yang lebih serius.
Namun, segala-galanya berubah apabila wanita itu mendapat panggilan daripada ayahnya pada satu malam, memaklumkan tentang kematian ahli keluarga. Dia segera mahu pulang ke kampung, tetapi apabila menghubungi lelaki itu,
wanita tersebut dikejutkan dengan suara seorang wanita lain yang menjawab telefon. Hatinya hancur, dan dia menganggap lelaki itu sedang tidur dengan perempuan lain.
Keesokan pagi, lelaki itu menghubunginya semula, tetapi dia enggan menjawab dan tidak melayan usaha lelaki itu untuk memujuk. Walaupun kecewa, wanita ini tetap menjalankan tugasnya sebagai jururawat dan menyambut kelahiran anak lelaki tersebut.
Takdir ternyata berputar apabila wanita ini bertemu dengan lelaki itu sekali lagi, namun kali ini dalam situasi yang cukup mengejutkan.
Semasa menjalani latihan klinikal di bilik bersalin, wanita tersebut ternampak nama lelaki itu pada buku pink pesakit yang sedang melahirkan anak. Jantungnya berdegup kencang, dan dia mula mengingat kembali segala kenangan mereka.
Ketika lelaki itu hadir untuk menyambut kelahiran anaknya, wanita itu tidak dapat menahan sebak. Dia cuba mengawal perasaan, tetapi ketika dia perlu memberi suntikan kepada pesakit, lelaki itu sempat memegang tangannya. Saat itu, wanita ini dengan tegas menegur lelaki tersebut, dan dengan penuh rasa kecewa, dia menyedari bahawa lelaki itu kini sudah berkeluarga.
Sejak hari itu, jururawat ini membuat keputusan untuk menukar nombor telefonnya dan menjauhkan diri dari lelaki tersebut. Walaupun hatinya sakit, dia masih sempat membeli hadiah untuk isteri dan anak lelaki itu sebagai tanda hormat.
“Aku tak beritahu isteri dia, tapi aku belikan hadiah untuk mereka. Allah jawab doa aku, walaupun caranya bukan seperti yang aku harapkan,” kata wanita itu mengakhiri cerita yang penuh emosi ini.
BACA: Wisma KFC berubah jadi hotel mewah, apa sebenarnya yang jadi?