“Aku selamat bernikah dengan suami, tapi yang peliknya, lepas majlis nikahku selesai, ayah terus menhilangkan diri, rupanya..”

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Perkenalkan diriku seorang wanita berusia 33 tahun, dah berkahwin selama 4 tahun dan ada seorang anak.

Saat aku taip kisah ini, jam 2 pagi. Air mata aku mengalir dan ingin aku kongsi kisah ini untuk meluahkan rasa di hati. Ibu – itu yang terlintas di fikiranku.

Aku dilahirkan dalam keluarga yang sederhana. Ada seorang adik lelaki muda 4 tahun dariku. Ibuku tukang jahit dan ayahku pemandu lori.

"Aku selamat bernikah dengan suami, tapi yang peliknya, lepas majlis nikahku selesai, ayah terus menhilangkan diri, rupanya.."

Ayah tak balik seminggu dua itu biasa. Dari kecil aku keliru. Kadangkala ayah ok, kadangkala tak ok.

Ada hari ayah akan menengking ibu tanpa sebab. Ibu hanya diam tak menjawab. Kadangkala ayah akan tarik rambut ibu dan ketika ini aku dan adik akan jerit ‘jangan pukul ibu’.

Baca Artikel Penuh