“Aku ingat bila urusan cerai dah selesai, masalah akan habis rupanya masalah lain pula timbul, rupanya ini kerja bekas madu!”

Assalamualaikum admin. Saya cuma nak mintak pendapat dan pandangan kawan – kawan di alam maya tentang masalah yang saya hadapi sekarang.

Saya berumur 40-an dan dah berkhwin selama 27 tahun.Suami saya orangnya penyayang dan bertanggunjawap dan kami macam pasangan yang lain, cukup bahagia.

Kisahnya bermula beberapa tahun lepas bila saya dapat tahu suami saya berkahwin di Siam secara senyap – senyap tanpa pengetahuan saya.

"Aku ingat bila urusan cerai dah selesai, masalah akan habis rupanya masalah lain pula timbul, rupanya ini kerja bekas madu!"

Suami rahsiakan hal ni selama 4 bulan pernikahan mereka. Saya macam tak percaya mereka dah bernikah selama 4 bulan sebab suami sentiasa ada di rumah bila habis waktu kerja. Allah nak tunjukkan waktu saya nak solat tahajud ada wassap masuk dekat HP suami.

Perempuan tu marah – marah dekat suami kata tak adil sebab selalu lebihkan saya dan takutkan saya… Saya tunggu subuh, k3jutkan suami dan jemaah bersama. Selesai solat saya tanya suami pasal wassap tu dan suami mengaku mereka dah bernikah.

Baca Artikel Penuh