“Aku duda kematian isteri, mak aku paksa kahwin dengan perempuan gedik, belum jadi bini dia dah buat anak aku macam anak dia, sekali anak aku mengadu..”

Ni aku nak bercerita. Luahan. Aku ni seorang duda anak 1. Isteri aku meninggaI 4 tahun lepas. Mak aku risau tengok aku jaga anak laki aku sorang, mak carikan aku jodoh.

Budak perempuan ni nama dia Milah. Si Milah ni beza dengan aku 10 tahun. Aku 40, Milah 30.

Aku tak minat nak kenal sebab masih sayang arw4h. Tapi mak desak aku. Puji Milah ni baik ler, comel ler itu ini.

"Aku duda kematian isteri, mak aku paksa kahwin dengan perempuan gedik, belum jadi bini dia dah buat anak aku macam anak dia, sekali anak aku mengadu.."

Milah ni jenis debab tapi muka dia manis ler. Aku malas nak tengok lama sebab aku tak minat. Aku nak cerita pasal Milah ni pun tak tergamak sebab gedik sangat pe’el dia.

Aku rasa macam Milah terlampau obses dengan aku. Setiap saat kalau boleh nak mesej cakap aku hensem ler itu ini. Aduh mak, aku ni kerja shift. Takde masa nak layan. Bila aku buat dono, Milah merajuk. Si Milah ni kalau merajuk, mak aku marah aku.

Baca Artikel Penuh