“Aku dapat tahu pasal jemputan kahwin yang tersebar di FB, kawan bagitahu laki aku nak kahwin lagi! Aku tak sangka suami buat macam ni, 2 tahun dia tak bagi nafkah”

“Aku dapat tahu pasal jemputan kahwin yang tersebar di FB, kawan bagitahu laki aku nak kahwin lagi! Aku tak sangka suami buat macam ni, 2 tahun dia tak bagi nafkah”

KECOH seorang wanita yang bertindak menerjah di majlis pernikahan suaminya yang berkahwin lagi.

Dia masih dalam keadaan terkejut apabila suaminya yang menghilangkan diri selama dua tahun tanpa memberi nafkah.

"Aku dapat tahu pasal jemputan kahwin yang tersebar di FB, kawan bagitahu laki aku nak kahwin lagi! Aku tak sangka suami buat macam ni, 2 tahun dia tak bagi nafkah"

Kejadian berlaku di Kota Kisaran Barat di Asahan di Sumatera Utara, Indonesia.

Dalam kejadian pada Ahad, wanita yang mesra disapa Sisil hadir ke majlis resepsi pernikahan suaminya.

Malangnya, dia tidak dapat menerima berita pernikahan itu memandangkan suaminya telah meninggalkannya dan anak kandung mereka.

“Saya hanya dapat tahu mengenai jemputan kahwin yang tersebar di Facebook. Rakan-rakan beritahu saya tentang suami mahu bernikah lagi,” kata Sisil pada Selasa.

BACA: “Mak aku duduk dalam bilik dengar je cerita dia burukkan aku, bila mak aku keluar bilik, langsung tak tegur suami, terus dia datang peluk mak aku minta maaf nangis-nangis”

Berang dengan perkara itu, dia segera berkunjung ke kediaman suaminya dan meluahkan kekecewaannya.

“Saya tidak menyangka suami buat macam tu. Dua tahun dia tak bagi nafkah kepada kami, tiba-tiba dia bernikah lagi,” ujarnya.

Menurut Sisil, dia turut kecewa kerana suaminya bernikah tanpa persetujuannya, malah dia masih isteri yang sah.

Susulan kekecohan yang berlaku, suaminya kemudian memberitahu akan memfailkan penceraian di mahkamah.

Malah, kejadian itu turut menyaksikan keluarga suaminya mengamuk melihat Sisil yang sedang marah.

Sisil yang ketika itu membawa anaknya mengakui nyaris dipukul.

“Nak pukul di kepala, nak tumbuk. Ada kejadian saya diugut,” katanya.

Menurut Sisil, dia juga telah membuat laporan kepada Polis Asahan berhubung keganasan rumah tangga.

BACA:

“Semalam aku singgah pusat jualan perabot ni, tiba-tiba ada seorang lelaki ini datang dekat dan bisik ‘Assalamualaikum’, sekali aku balas ‘ingat cool? jijik ada la’”