‘Aku berpuasa selamanya dari tonton video tak elok, tapi aku masih seorang lelaki, dah 8 bulan aku berpuasa’

Oleh ZULQARNAIN ISMAIL

Hi semua, nama aku Ken, berusia 34 tahun. Aku sudah berkahwin selama 2 tahun dan isteri aku baru lepas melahirkan putera sulung kami.

Aku sebenarnya ingin meminta pandangan dari semua berkaitan masalah rumah tangga aku.

Yelah, apa – apa yang buruk semua berasal dari suami.Aku segan mahu bercerita ke teman terdekat kerana ini berkaitan hal peribadi

Jadi aku mahu meminta para pembaca budiman untuk memberi pandangan yang baik atau kritikan yang membina.

Terima kasih. Isteri aku baru melahirkan seorang putera kami yang sangat mirip dengan aku.

'Aku berpuasa selamanya dari tonton video tak elok, tapi aku masih seorang lelaki, dah 8 bulan aku berpuasa'

Ketika dia hamil, dia selalu menolak ajakan untuk bersama dan ketika dia sudah memasuki trimester ketiga dia terus memberi pelbagai alasan.

Aku sebelum berkahwin kerap melihat cerita – cerita 18+, tapi semenjak berkahwin aku sudah bersumpah kepada diri sendiri untuk berhenti.

Sebenarnya banyak yang aku ubah selama 2 tahun ini, aku dulunya kaki melepak, kaki wanita, per0kok tegar dan kadang kala m4buk, solat apatah lagi, sampai satu tahap Allah gerakkan aku pergi solat jumaat dan aku terdengar khutbah berkaitan azab kubvr dan az4b ner4ka.

Maka dari itu aku berubah dan meninggaIkan segala hobi buruk aku. Aku bernikah dan masih mencuba menjalani hidup sebagai suami yang baik.

Selalu selepas solat isya’ kalau tak ke surau aku akan amalkan bacaan alquran sebab isteri aku ketika hamil selalu mendengar dan meminta aku membaca surah – surah yang baik untuk bayi kami.

Kembali kepada cerita tadi, aku ‘berpuasa’ selamanya dari melihat video yang tak elok. Namun aku masihlah seorang lelaki.

Ketika isteri aku hamil dia sering menolak aku dan ketika lepas beranak dia langsung h4ramkan aku menyentuhnya, alasannya takut perut s4kit (di bahagian ceaser).

Aku cuba bertahan dan sudah hampir 8 bulan aku berpuasa. Minggu lepas aku menyatakan hasrat untuk bersama dan dia terlalu marah hingga naikkan suara. Dia berkata aku dayus sebab mem4ksa dan mend3ra mentalnya.

Ya Allah apa yang aku lakukan. Bayi pun selepas habis berpantang, aku yang susukan diwaktu malam dan aku yang jaga isteri dan anak ketika aku bercuti. Aku bukan mengungkit, tapi aku cuba yang terbaik jadi seorang ayah dan suami yang baik.

Aku mengugvt untuk berkahwin 1 lagi sebab aku sudah tidak tahan boleh dik4takan hari – hari dia selalu bers3ksi dan mengg0da aku (dia tak berniat tapi aku kan lelaki). Dia pulang ke kampung halamannya dan memberi tahu keluarganya dan keluarga aku.

Ibu aku sampai memarahi aku sehingga menyatakan, kalau bernikah lagi, jangan panggil ibu aku, ibu lagi, dia tidak mahu anak curang seperti aku. Ya Allah.. Kenapa isteri aku tidak melihat disebalik keluhan aku tersimpan pelbagai rasa.

Rasa marah, kecewa dan rasa terbeban sebab tiada siapa yang aku boleh adukan masalah aku dan tiada siapa yang boleh fahami aku. Semalam isteri aku pulang semula ke rumah kami. Dan aku mula rasa tidak cinta kepadanya. Taw4r hati.

Berkaitan berkahwin kali kedua, aku tidak ada calon atau kawan perempuan. Sebab circle kerja dan hidup aku semua lelaki. Even semua client aku semua lelaki, aku penat. Dan mohon pencerahan dari semua, aku takkan cerita lebih lanjut, sebab semua kekurangan isteri aku boleh coverkan, tapi yang satu tu, apa yang harus aku lakukan, aku sudah puas berdoa.. Aku harap dapat petunjuk dari sini. – Ken (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Aida Aidan : Dalam perkahwinan ada mawaddah dan sakinah.. even cinta mula taw4r. Cinta tu hanya layak untuk Allah dan bukan makhluk. Perkahwinan perlu ada rasa ‘ihsan’ dan Hamka pernah nyatakan… ‘kasihan’ adalah puncak cinta yang paling teratas.

Sulaitullani Sulaiman : Kelihatan seperti isteri tuan ada tr4uma semasa mengandung dan bersalin. Lagi satu ada kemungkinan dia ‘m4ti putik’ akibat tr4uma tersebut (m4ti putik sama seperti lelaki m4ti pucuk).

Ada kemungkinan isteri tuan / tuan juga perlu tambah ilmu melayari rumahtangga semasa tempoh kehamilan dan selepas melahirkan supaya perkara ini dapat diatasi.

Bawalah berbincang baik – baik, pujuklah dia bawa jumpa doktor pakar s4kit puan untuk rawatan jika tuan masih sayangkan dia.

Jika dia berdegil dan terus ingkar, tuan pun tahu tindakan yang sepatutnya perlu dibuat setelah tuan berusaha sebaik – baiknya untuk selesaikan masalah rumahtangga tuan dan isteri. Semoga Allah permudahkan urusan tuan sekeluarga.

BACA: Tak nak kalah, pecah rekod lelaki ‘order’ 30 pinggan nasi kandar cecah RM450