“Aku benci abah sebab abah tak macam orang lain, abah aku miskin, aku malu sebab aku cacat dan tua, orang dah naik kereta kami masih naik motor buruk lagi”

Ini confession aku mengenai seorang lelaki yang aku kenal sepanjang hidup aku tapi aku tak pernah dapat memahami dia.

Abah aku tipikal abah abah kampung yang tidak berpelajaran tinggi.

Abah berhenti sekolah ketika di darjah 6 kerana ayahnya (atok aku) meninggaI dunia dan dia kena tolong nenek untuk menyara keluarga.

"Aku benci abah sebab abah tak macam orang lain, abah aku miskin, aku malu sebab aku cacat dan tua, orang dah naik kereta kami masih naik motor buruk lagi"

Waktu tu pakcik cakap dia petik kopi dan ikut orang jual sayur dekat pasar. Adik beradik abah ramai, tapi mereka berjaya belajar sampai habis stpm, semua sebab abah utamakan pendidikan mereka. Dan sebab ini jugalah abah aku berkahwin pada usia yang agak lewat.

Abah aku bukanlah seorang yang jenis zahirkan rasa sayang. Masa aku kecil aku tak pernah ingat bila masanya abah pernah peIuk aku atau adik beradik yang lain, tapi kalau bab kena pukuI tu aku ingat la. Kena perambat keliling kampung sebab main dekat surau sampai maghrib pun pernah, haha.

Baca Artikel Penuh