Aktiviti pesta arak cemari Pantai Seberang Takir di Terengganu

Aktiviti

Aktiviti pesta arak cemari Pantai Seberang Takir di Terengganu.Kebersihan Pantai Seberang Takir atau dikenali sebagai Pantai Miami di sini dicemari dengan aktiviti dipercayai pesta arak berikutan penemuan 14 botol minuman keras hari ini.

Seorang penduduk, Mohd. Nazrul Mamat, 33, mendakwa botol arak berkenaan ditemui oleh beberapa orang pemancing pada pada 7 pagi.

Dia yang terkejut dengan penemuan tersebut menggesa, pihak berkuasa tempatan (PBT) memantau aktiviti tidak sihat di lokasi tumpuan pelancong terbabit.

“Kita syak aktiviti ini dibuat lebih secara berkumpulan pada waktu malam. Kurangnya pemantauan mungkin menyebabkan mereka berani minum arak di tempat awam.

Aktiviti

“Jika tidak dibendung, kita bimbang pelbagai masalah boleh tercetus seperti memandu dalam keadaan mabuk, pergaduhan serta masalah sosial lain,” katanya ketika ditemui di Pantai Seberang Takir di sini hari ini.

Sebuah video berdurasi 51 saat turut tular di media sosial semalam memaparkan penemuan sekotak botol arak di pantai berkenaan.

Seorang lagi penduduk, Muhammad Khairul Niezam Zakari, 21, berkata, kejadian itu yang kali pertama berlaku telah mencemarkan nama baik pantai tersebut

Berita Penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/09/28/kecewa-pantai-seberang-takir-dicemari-pesta-arak/

BACA: Harapan golongan anti-vaksin boleh ‘dine-in’ di negeri fasa 3 dan 4 musnah

COMMENTS

Wordpress (2)
  • comment-avatar

    […] BACA: Aktiviti pesta arak cemari Pantai Seberang Takir di Terengganu […]

  • comment-avatar

    […] BACA: Aktiviti pesta arak cemari Pantai Seberang Takir di Terengganu […]