Akta khusus perlu digubal di Parlimen untuk tangani Covid-19

Beberapa negara termasuk UK, Singapura dan Hungary telah mengambil langkah segera meluluskan akta khusus berkait Coronavirus.

Akta ini diluluskan di Parlimen dan memperincikan apakah tindakan-tindakan khusus yg boleh diambil Kerajaan dalam menangani pandemik ini, bukan sekadar aspek kesihatan, malah sosial dan ekonomi.

Kewujudan akta ini boleh mengelakkan berlaku lagi “blunder” seperti beratur berkumpul ramai-ramai untuk ambik izin polis balik kampung pada malam pertama PKP dulu dan “U-Turn” seperti isu moratorium dan ERP Perkeso yang hanya menyusahkan rakyat.

Walau bagaimanapun akta ini perlu diluluskan oleh parlimen.

Dengan aktiviti komersial sudah mula diizinkan untuk beroperasi semula isnin ini, maka sewajarnya parlimen juga bersidang secukupnya bagi membentang, membahas dan meluluskan akta khusus pandemik covid19 ini.

Mohon rakan-rakan bijaksana Zulqarnain Lukman, Nizamuddin Alias, Ahmad Mustaqim Zaki, Abdullah Abdul Karim, Abdullah Abdul Rahman, Mohamed Hadi AH dan rakan terpelajar perundangan yang lain (my learned legal fraternity) untuk memberi pandangan balas.

Sumber: