Aksi Tokti buat servis penapis air rumah ke rumah jadi perhatian

Aksi Tokti buat servis penapis air rumah ke rumah jadi perhatian

Aksi Tokti buat servis penapis air rumah ke rumah jadi perhatian. Umum mengetahui penyanyi nombor 1 Malaysia, Dato Sri Siti Nurhaliza merupakan duta jenama terulung peralatan rumah Korea Selatan sejak tahun 2019 lagi.

Dan, masih hangat dan segar diingatan detik pertemuan figura ini membuat persembahan dan bergambar bersama seorang lagi duta yang juga selebriti terkemuka iaitu Lee Minho sewaktu Ulang Tahun ke-8 CUCKOO.

Rahsia disebalik 8 tahun bertahan
Baiklah, kalau korang nak tahu rahsia disebalik CUCKOO bertahan dan sentiasa menjadi pilihan ramai pengguna adalah disebabkan servis ditawarkan oleh mereka.

Ya, betul. Servis mantap ditawarkan oleh barisan pakar pemasangan dan servis CUCKOO dikenali Natural Doctor dan Natural Doctress membuatkan mutu jenama ini bertahan lama dan mendapat kepercayaan pengguna.

Apa itu Pasukan Servis CUCKOO+?
Pasukan Servis CUCKOO+ adalah tulang belakang bagi memastikan perkhidmatan penyelenggaran produk yang dijalankan secara berkala bagi mengekalkan kualiti dan kecemerlangan produk seperti penapis air dan penapis udara

Aksi Tokti buat servis penapis air rumah ke rumah jadi perhatian

Mereka adalah pakar servis yang bertanggungjawab untuk memastikan setiap produk CUCKOO digunakan oleh pengguna dalam keadaan terbaik.

Setiap daripada mereka dilatih secara profesional sebagai Natural Doctor/ Doctress bagi menjalankan servis secara berkala di rumah pengguna produk CUCKOO.

Dato’ Sri Siti Nurhaliza pun sertai Natural Doctress lakukan servis di rumah pelanggan tau!
Menariknya, penyanyi kesayangan Malaysia, Dato’ Sri Siti Nurhaliza turut berpeluang merasai pengalaman menjalankan servis bersama CUCKOO Natural Doctress.

Wow, macam tak sangka tapi itulah cabaran yang disahut oleh Dato’ Sri Siti Nurhaliza atau mesra disapa TokTi.

Tak percaya? Tengok sendiri video disediakan berikut bagi melihat dan menyaksikan sendiri bagaimana Tokti kesayangan semua menjadi CUCKOO Natural Doctress.

Dato Sri’ Siti Nurhaliza terkejut, kagum lihat cara CUCKOO tawarkan servis
Dalam video tersebut, dilihat Dato’ Sri Siti Nurhaliza pergi menjalankan servis bersama CUCKOO Natural Doctress, Fadhilah bagi membuat penilaian selain merasai dan memahami kehidupan sebagai seorang Natural Doctress.

Apa yang mengejutkan bagi personaliti ini adalah kesungguhan CUCKOO Natural Doctress boleh pergi ke sepuluh buah rumah pelanggan dalam masa sehari bagi menjalankan servis produk. Malah, mereka sanggup menyediakan makanan ringan seperti roti dalam kereta bagi menjimatkan masa.

Servis penapis air CUCKOO ICON
Sebagai tanda sahut cabaran, pengalaman pertama Siti Nurhaliza turun padang adalah dengan melakukan servis terhadap produk Penapis Air CUCKOO ICON.

Sepanjang menjalankan servis terhadap penapis air, Dato’ Sri Siti Nurhaliza tak sangka rupanya banyak SOP yang perlu diikut bagi memastikan kualiti produk dapat memuaskan hati pelanggan.

Walaupun rumit dan banyak langkah perlu diikuti seperti membuka suis steamer, cabut penapis lama sebelum diganti dengan baru, dan melakukan sterilisasi atau nyahkuman terhadap penapis bagi memastikan mutu air diterima pelanggan sentiasa memuaskan. Tapi CUCKOO Natural Doctress masih servis dengan teliti.

Servis Penapis Udara B Model Cordless
Cabaran seterusnya adalah merasai bagaimana servis terhadap produk Penapis Udara CUCKOO B Model Cordless dilakukan oleh Natural Doctress ini.

Difahamkan, setiap Natural Doctress akan datang ke rumah pengguna setiap empat bulan sekali. Ia bagi memastikan penapis udara dapat memberikan kualiti terbaik di mana ia berfungsi menghilangkan sehingga 99.95% habuk di ruang udara melalui teknologi dan sistem penapisan canggih.

Tak sangka, CUCKOO amat menitikberatkan mutu, kualiti produk serta layanan buat pelanggan
Sebaik sahaja tamat melakukan servis, Siti dan CUCKOO Natural Doctress turut meminta pelanggan memberikan maklum balas terhadap servis dilakukan oleh mereka menerusi aplikasi CUCKOO+ di gedung GooglePlay, App Store dan Huawei AppGallery.

Ternyata, ia sangat memberangsangkan dan Siti turut meluahkan dia kagum dengan semangat dan usaha yang dilakukan oleh mereka bergelar Natural Doctress bagi memuaskan hati pelanggan CUCKOO.

“We Know, We Care,”ungkapan ayat dilontarkan oleh Natural Doctress apabila disoal oleh Siti Nurhaliza mengenai punca mereka sentiasa berikan terbaik buat pelanggan CUCKOO.

Bagi Fadhilah, sebagai seorang Natural Doctress, setiap perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelanggan adalah sama seperti layanan terhadap keluarga sendiri.

Lebih 1.5 juta rakyat Malaysia percaya CUCKOO hingga kini

Melihat kepada pengalaman dirasai oleh Siti Nurhaliza, padanlah CUCKOO International telah mendapat lebih 1.5 juta kepercayaan rakyat Malaysia dan lebih 5 juta terdiri daripada pengguna isi rumah.

Atas kepercayaan diberikan, CUCKOO mahu merakam jutaan terima kasih atas kepercayaan dan amanah diberikan. Hal ini kerana CUCKOO tidak akan berada sampai di tahap ini jika tanpa sokongan pengguna.

Terima kasih diucapkan atas kesudian anda semua memberi kerjasama dan menjawab setiap soal kaji selidik yang dilakukan oleh CUCKOO sejak awal 2022. Setiap maklum balas daripada pengguna amatlah berguna bagi memastikan CUCKOO dapat memuaskan hati pelanggan mereka.

Hasil daripada soal selidik dijalankan, jelas menunjukkan sebanyak 97 peratus daripada pengguna Penapis Air dan Penapis Udara amat berpuas hati dengan servis ditawarkan oleh Pasukan Servis CUCKOO+.

Terbaik! Jom jadi sebahagian keluarga CUCKOO Natural Doctress/ Care Service
Wow! Ternyata memang hebat sebab bukan senang nak dapatkan kepercayaan ramai tau! Memang kena sekali dengan prinsip CUCKOO iaitu ‘Kami Memahami, Kerana itu kami peduli pada setiap perkhidmatan yang kami sediakan’.

Hebatnya sambutan daripada pelanggan kerana kepercayaan yang diberikan mereka buat pasukan servis CUCKOO. Sekiranya anda mahu jadi sebahagian daripada pasukan hebat ini, bolehkan terus hubungi talian khidmat pelanggan 1800-88-8181.

Jangan risau, pengalaman bermula dengan latihan asas menjadi seorang hebat! Tunggu apa lagi, jom sertai dan bina masa depan kerjaya anda bersama Pasukan Servis CUCKOO+.

*Nota :97% pelanggan amat berpuas hati dengan Natural Care Service yang dijalankan oleh CUCKOO.

(Penilaian adalah berdasarkan servis yang dijalankan buat pengguna Penapis Air dan Penapis Udara CUCKOO)

BACA:

Yazmin Aziz dedah rahsia turun 8KG tak sampai sebulan

Hukum pasangan tak bernikah ‘chek-in’ jejas sektor pelancongan – Persatuan Hotel

Laporan dedah hentaman asteroid boleh buat rantaian makanan kacau bilau

CATEGORIES