Aksi suap anak orang makan, Rina didakwa langgar SOP.Menteri Pembangunan Wanita Keluarga Dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun mendapat kecaman kerana menyuap makanan kepada anak perempuan penyanyi Fendi Caliph Busker.
Kejadian itu tular dalam media sosial apabila Rina didapati tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) seperti penjarakan fizikal malah menyuap anak orang secara sentuh terus semasa kunjungannya ke kediaman Fendi pagi tadi.
Kunjungan itu turut dihadiri Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal.
Semakan Utusan Malaysia di Twitter mendapati ramai yang mengecam Ahli Parlimen Titiwangsa itu kerana dilihat tidak wajar ketika kes jangkitan Covid-19 meningkat.
Ini termasuklah tiada keperluan untuk menyuap anak kepada artis Orang Kurang Upaya (OKU) itu lebih-lebih lagi tidak dapat dipastikan sama ada Rina sudah membasuh tangan dan memakai cecair pembasmi kuman.
Ekoran itu, perkara itu turut mendapat maklum balas daripada Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil yang menyifatkan tindakan tersebut adalah berisiko tinggi.
“Ini aksi berisiko tinggi. Rakyat disuruh patuhi SOP, elak bersentuhan. Menteri suap anak orang dengan tangan,” katanya.
Sementara itu, rata-rata pengguna media sosial menyifatkan tindakan Rina keterlaluan dan ngeri.
Berita Penuh : https://www.utusan.com.my/berita/2021/07/langgar-sop-rina-harun-dikecam-suap-anak-orang/