Aksi ‘king’ cuba ambil alih tugas towing

Kereta kedua buatan nasional, Perodua Myvi yang dikenali sebagai ‘king highway’ ada saja gelagatnya.

Tapi kali ini amat mengejutkan, kereta kecil sebegini cuba mengambil alih kerja-kerja ‘towing’ pula.

Baru-baru ada seorang pengguna jalan raya telah terserempak sebuah lori dipercayai rosak telah ditarik oleh kereta Myvi dan pengguna tersebut merakam aksi ‘king’.

Video mula tular itu meraih satu juta tontonan di platform TikTok dan ribuan perkongsian oleh pengguna-pengguna media sosial.

Walaupun saiz kereta Myvi ini kecil, namun ia tidak menghalangnya untuk menarik lori tersebut.

Tahun ini saja ramai orang pernah merakam Myvi ‘terbang’ melepasi longkang besar, masuk jalan off-road dan ‘panjat’ naik tebing bukit.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)