Aksi dua wanita persenda OKU menjadi tular

Tidak cukup mempersenda orang kurang upaya (OKU) dengan berpura-pura cacat di tempat meletak kenderaan, hari ini tular lagi rakaman video lain memaparkan dua individu wanita melakukan perkara sama.

Menerusi perkongsian sebuah akaun di laman Twitter, dua wanita yang lengkap berpakaian sukan berbasikal berserta helmet itu dilihat berjalan umpama individu cacat ketika memasuki tandas yang dikhaskan buat golongan OKU.

Video berdurasi sembilan saat itu dipercayai diambil dari aplikasi TikTok sebelum mula tersebar di laman Twitter.

Aksi dua wanita persenda OKU menjadi tular

Paparan sebuah klip memaparkan individu wanita mengajuk cara berjalan golongan OKU kini viral di laman sosial.

Ia dipercayai dirakam oleh seorang lagi individu wanita berdasarkan hilai tawa yang kedengaran di video tersebut.

Namun tidak dapat dipastikan lokasi dan waktu sebenar video itu dirakam.

Justeru, rata-rata netizen mengecam sikap dua wanita terbabit yang dianggap tidak sensitif dan menghina OKU.

Tidak kurang juga yang menganggap kedua-dua wanita terbabit sebagai individu yang tidak peka dengan kesusahan yang dihadapi oleh golongan itu.

Semalam, kecoh sebuah video memaparkan seorang pemuda yang berpura-pura berlakon sebagai OKU semata-mata mahu meletakkan kenderaan di tempat letak kereta yang dikhaskan di sebuah pusat beli-belah di ibu negara.

Tindakan pemuda itu kemudiannya mendapat perhatian Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Ras Adiba Radzi yang memberikan amaran dan menuntut permohonan maaf daripada dua lelaki berkenaan menerusi sebuah video di Instagramnya hari ini.

BACA JUGA : Ayam import diragui status halal? Ini penjelasan Jabatan Veterinar
Pelantikan anak Shahrizat berdasarkan merit, kata Annuar Musa

Artikel ini disiarkan pada 08/12/2021

COMMENTS

Wordpress (0)