Aksi cemas isteri terjun parit demi selamatkan suami diseret buaya

Aksi cemas isteri terjun parit demi selamatkan suami diseret buaya.Seorang lelaki nyaris maut dibaham buaya selepas diselamatkan isterinya di Desa Pulau Kecil, Reteh, Indragiri Hilir, Riau.

Ketika kejadian, mangsa digigit dan diseret seekor buaya ketika mandi di kawasan parit besar berdekatan rumahnya.

Ketua Polis Indragiri Hilir, Dian Setyawan berkata, mangsa tiba-tiba menjerit meminta pertolongan sebelum didengari oleh anaknya.

isteri

Anak mangsa terus memaklumkan ibunya sebelum wanita itu terjun ke dalam parit bagi membantu suaminya naik ke daratan.

“Selepas tarik menarik dengan buaya, mangsa akhirnya berjaya diselamatkan.

“Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kaki akibat gigitan haiwan reptilia itu dan menjalani pembedahan serta rawatan lanjut di hospital,” katanya.

Berita Penuh : https://www.utusan.com.my/luar-negara/2021/10/isteri-terjun-parit-selamatkan-suami-diseret-buaya/

BACA: Parti baharu diketuai Azmin?, Ini penjelasan Zuraida

CATEGORIES