Aksi calon carian wanita melayu buat ‘flip’ depan juri dikecam. Uji bakat adalah untuk mencari kebolehan peserta dalam sesuatu pertandingan itu
Sudah tentu, ramai yang tidak melepaskan peluang untuk mencuba nasib mereka. Contohnya seperti uji bakat nyanyian, tarian, lakonan dan banyak lagi.
Namun, baru-baru ini tular sebuah video di TikTok memaparkan aksi seorang peserta ketika uji bakat telah menarik tumpuan ramai.
Lihat video itu di bawah:
Dah elok pakai tudung, tapi aksinya dipertikaikan ramai
Menerusi video tersebut, kelihatan sedang berlangsungnya uji bakat program Pencarian Wanita Melayu 2022 yang telah diadakan di sebuah pusat beli-belah.
Tetapi, apa yang lebih mencuri tumpuan ramai adalah aksi salah seorang peserta bertudung yang berkongsi bakat tariannya sehingga boleh melenturkan badannya ke belakang sebelum melakukan backflip.
Walau bagaimanapun, tarian wanita itu tidak disenangi oleh para penonton dan netizen yang mengkritik aksinya itu.
“Boleh dah pergi audition cerita seram . Bukan semua orang boleh terbalik macam tu” – Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai kritikan terhadap wanita tersebut.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1M views, 44.5K likes dan 2,100 comments di TikTok.
@plazashahalam #pencarianwanitamelayu #pencarianwanitamelayu2022 #plazashahalam β¬ original sound – βγπΈπππππ πππππγβ€
BACA:
Pak Nil berjaya kumpul RM120K sumbangan untuk Zamani