Aksi Ariel selamba pegang peha Bunga Cinta Lestari buat peminat resah. Nama penyanyi Ariel Noah dan Bunga Citra Lestari (BCL) sekali lagi menjadi perbualan hangat netizen apabila Ariel memegang paha BCL ketika konsert Now Playing Festival 2022 yang diadakan di Brigif Cimahi, Bandung, Indonesia.
Ariel pegang paha BCL
Kedua-dua penyanyi terkenal Indonesia itu membuat persembahan istimewa menerusi lagu duet berjudul Menghapus Jejakmu serta Mencari Cinta.
Selain persembahan yang memukau daripada kedua-dua penyanyi itu, keakraban dan kemesraan Ariel dan BCL semasa di atas pentas turut mencuri tumpuan peminat.
Pada awalnya mereka hanya menyanyi sambil berpegangan tangan dan membalas pandangan, namun pasangan terbabit dilihat semakin selesa apabila mereka menerima sorakan daripada para penonton.
Lebih mengejutkan lagi apabila ketika persembahan lagu Menghapus Jejakmu, vokalis kumpulan NOAH itu menarik tangan lalu merangkul paha BCL sebelum pasangan itu berpelukan.
Rata-rata penonton yang melihat momen terbabit berasa teruja dan mendoakan agar mereka cepat mendirikan rumah tangga kerana kelihatan secocok.
BACA:
Ular Tedung punya pasal, kelam kabut satu keluarga sampai lebam kaki
Pemuda ini tak setuju logo halal Jakim diberi warna berbeza, ini sebabnya
“Dah bosan layan karenah suami ada skandal”, pelakon wanita luah perasaan