Akibat sokong Zionis, Peminat artis Kpop terkenal mahu boikot konsert

Penyanyi popular Korea Selatan Eric Nam berdepan dengan kecaman ramai

Apabila tindakannya meninggalkan tanda suka pada sebuah hantaran Instagram menyokong kekejaman Zionis di bumi Palestin.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh seorang pemilik akaun Jordan C. Brown, Hamas disifatkan sebagai organisasi pengganas yang melakukan serangan terhadap orang awam.

Akibat sokong Zionis, Peminat artis Kpop terkenal mahu boikot konsert

Tindakannya itu turut mmebuatkan namanya sohor kini dalam aplikasi X.

Meskipun tidak mengeluarkan sebarang komen sama ada menyokong mahupun membantah kenyataan tersebut, tanda suka yang ditinggalkan Eric menerima kritikan hebat daripada netizen.

Lebih teruk, ramai yang berpendapat tanda suka tersebut sekali gus menunjukkan penyanyi lagu I Don’t Know You Anymore itu berpihak kepada Zionis laknatullah.

Rentetan daripada itu, ramai membatalkan hasrat untuk hadir ke konsert jelajah Eric yang sepatutnya berlangsung bermula Februari depan.

“Tidak sangka Eric mempunyai pendirian sebegitu. Dia tidak layak diangkat menjadi idola.

“Kenapa Eric tidak ‘unlike’ walaupun ramai peminat Malaysia sudah kecam?” komen netizen.

Eric dijangka singgah untuk konsert jelajahnya di Kuala Lumpur pada 20 Februari 2024 di Zepp KL.

Selain Eric, selebriti ternama antarabangsa lain yang turut di ‘cancel’ peminat kerana menyokong Yahudi ialah Kylie Jenner, Gal Gadot, Justin Bieber dan The Rock.

BACA: “Isteri aku tak bagitau aku, aku sendiri yang terbaca wasap bekas kekasih hantar kat isteri aku, kenapa dia diamkan? Aku tunggu je bini aku sound”