Akibat PKPP, terpaksa solat di luar pintu masjid?

Akibat PKPP, terpaksa solat di luar pintu masjid?

Baru terasa betul-betul PKPP solat luar pagar masjid.. pintu pagar kunci.

Subuh tadi dah singgah masjid lain area sini, tapi ada dua orang AJK masjid rasanya.. yang jaga pagar, tak bagi kami masuk. Katanya S.O.P.

Saya pandang ke kanan, nampak seorang driver lori solat subuh tepi lori beralaskan kain putih. Terkedu saya.

Saya pandang balik dua AJK tadi. Tak ikut SOP juga, tiada penjarakkan sosial. Duk rapat. Sanggup pula tengok orang solat luar pagar masjid.

Betul lah ikut SOP. Saya faham ikut peraturan. Saya tak nafikan. Saya pun pegawai masjid. Cuma takkan tiada sifat ihsan atau kemanusiaan langsung.

Orang singgah untuk solat bukan lama. Kami boleh pakai mask, boleh sanitiz tangan dan faham penjarakan sosial. Bukan berjemaah.

Benarkan sekejap solat di beranda masjid atau kaki lima masjid pun tak apa.. atau kat tempat wudhu pun ok.

Cadangan saya :

1. Sediakan satu ruang khas untuk musafir. Tak besar pun tak pa. Bawah kanopi 10×10 pun ok. Ruang lelaki satu, wanita satu (tertutup).

2. Letak satu tong air untuk wudhu.

3. Letak label ” Tempat solat musafir dan runner sahaja”

Saya respect masjid yang buka sikit ruang untuk orang musafir dan food runner. Semoga Allah berkati setiap pegawai dan ajk nya.

PKPP harapnya cepat habis. COVID ni pun satu..suka benar dengan orang pi masjid.

ok, sekian laporan dari Snake River.

Sumber: