Akibat krisis kepimpinan, Umno tangguh pemilihan parti?

Akibat krisis kepimpinan, Umno tangguh pemilihan parti?

UMNO dijangka menangguhkan pemilihan parti yang dijadualkan akan diadakan tahun ini,

Laporan yang memetik sumber itu memaklumkan penangguhan itu dicadangkan sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum yang dijangka diadakan selepas tamat tempoh darurat pada 1 Ogos nanti.

Sumber itu menjelaskan, usul penangguhan Pemilihan UMNO 2021 telah dikemukakan dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada 19 Februari lalu di Janda Baik, Pahang.

Namun perbincangan dan keputusan mengenai usul tersebut ditangguhkan selepas Perhimpunan Agung UMNO 2020 yang akan berlangsung akhir Mac nanti.

Menurut Perlembagaan UMNO, MKT mempunyai kuasa menangguhkan pemilihan sehingga 18 bulan dari tarikh sepatutnya diadakan pemilihan baharu. Sebelum ini beberapa pemimpin UMNO termasuk Presiden, Timbalan Presiden dan Setiausaha Agung UMNO menegaskan pemilihan akan diadakan pada tahun ini.

Pemilihan UMNO perlu diadakan setiap tiga tahun dengan kali terakhir UMNO mengadakan pemilihan ialah pada 30 Jun 2018. Tempoh matang kepimpinan UMNO sekarang akan tamat pada 30 Jun 2021.

Sekiranya tiada penangguhan, proses pemilihan perlu dilakukan sebelum Julai 2021.

Manakala Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memberi komitmen untuk membubarkan Dewan Rakyat sebaik perintah Darurat ditamatkan. Bagaimanapun tiada kepastian sama ada darurat ini akan dilanjutkan selepas Ogos atau ditamatkan bagi mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15.

Berita penuh :https://www.astroawani.com/berita-politik/umno-dijangka-tangguh-pemilihan-parti-286032