Akibat jemur beras tengah jalan, penunggang motor maut terbabas undang reaksi netizen

Oleh ZULQARNAIN ISMAIL

Seorang penunggang motosikal telah mengalami kematian selepas terlibat dalam kemalangan dengan longgokan beras yang sedang dijemur di atas jalan raya.

Kejadian tragis ini berlaku di Thailand pada 23 November, di mana mangsa, yang dikenali sebagai Thongthai, 38 tahun,

Dia telah menghembuskan nafas terakhirnya selepas diterbangkan ke hospital untuk rawatan lanjut.

Akibat jemur beras tengah jalan, penunggang motor maut terbabas undang reaksi netizen

Motosikal yang dinaiki mangsa telah bertembung dengan timbunan beras kering yang sedang dijemur di Jalan Ban Yang-Ban Sok Deu di Ban Yang, Lam Thamenchai, wilayah Nakhon Ratchasima.

Pasca insiden itu, ketua kampung, Apichai Pakkarang, mengarahkan agar amalan menjemur beras di atas jalan raya dihentikan dengan serta-merta.

Menurut Apichai Pakkarang, yang berusia 56 tahun, amalan tersebut berpotensi menjadi punca kemalangan dan beliau tidak mahu kejadian serupa berulang lagi.

BACA: Hanya kerana review produk, wanita berdepan hukuman penjara 7 tahun