Akhirnya suami Neelofa jawab kecaman netizen, ini rupanya berlaku

Akhirnya suami Neelofa jawab kecaman netizen, ini rupanya berlaku. Dikecam gara-gara memberi tip rumahtangga membabitkan peranan suami dan isteri, pendakwah bebas PU Riz atau Haris Ismail tampil menjelaskan situasi sebenar.

Kata Haris atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail, 30, penularan rakaman pendek yang dipotong itu menyebabkan wujudnya salah faham tentang mesej sebenar yang cuba disampaikan.

 

“Video yang individu itu kongsikan tidak penuh… terpotong. Tapi mesejnya sampai dah,” jawab Haris kepada mStar.

Suami kepada selebriti Neelofa itu diminta mengulas mengenai video tular yang memperlihatkan dia berbicara mengenai isu rumahtangga.

Menerusi video berdurasi 36 saat itu, PU Riz dianggap tidak boleh bertolak ansur dalam urusan suami isteri.

“Rumah saya bayar, barang mentah saya sediakan. Tapi kalau tak da orang masak, tak ada orang nak urus… takkan saya nak pergi angkat beras (cedok) bawa masuk dalam ni (periuk), saya pula nak kena belajar (memasak),” ujarnya dalam video itu.

Netizen kurang senang dengan kenyataan PU Riz yang memberi tip rumahtangga.

Kenyataan itu menimbulkan kemarahan netizen yang mempersoalkan kelayakan Haris sehingga dipanggil oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sebagai salah seorang penceramah.

“Atas sebab apa agensi kerajaan seperti KPWKM invite si Haris ni as one of speaker? Tiga minit pertama pun aku dah berbulu telinga dengar.

“Zaman sekarang semua kena give and take. Bukannya sebab kau lelaki, bini kena buat semua,” tulis netizen tersebut.

Outcome dari tulisan itu mengatakan Haris menyuruh isteri bawa beras ke dalam rumah.
PU RIZ
Akhirnya suami Neelofa jawab kecaman netizen, ini rupanya berlakuDalam pada itu, Haris turut menjelaskan maksud kenyataannya itu bahawa seorang isteri digalakkan memasak sekiranya mempunyai masa di rumah.

“Ada di Twitter satu tulisan sebegitu… outcome daripada tulisan itu mengatakan Haris menyuruh isteri bawa beras ke dalam rumah.

“Sebenarnya bukan itu maksudnya… kalau didengar betul-betul dengan hati terbuka, maksudnya adalah supaya isteri itu dianjurkan untuk memasak.

“Bagi mereka yang bekerja dan urusan di luar, kalau tak sempat, tak jadi satu dosa atau masalah,” katanya.

PU Riz bersama isterinya, Neelofa.

Dalam pada itu, Haris juga menjelaskan seorang lelaki yang wajib menyediakan tempat tinggal sebagai persediaan untuk berkahwin.

“Berbalik kepada video itu, apa yang disampaikan adalah pertamanya, kerana orang lelaki wajib menyediakan tempat tinggal.

“Orang lelaki yang mampu menyediakan tempat tinggal, tak kisah beli atau sewa, maka dia boleh berkahwin atau dianjurkan untuk berkahwin,” ujarnya.

Untuk rekod, Haris mendirikan rumah tangga dengan Neelofa 27 Mac tahun lalu dan mereka dikurniakan cahaya mata lelaki, Muhammad Bilal pada 29 Januari lalu.

TONTON:

BACA:

Selepas Zul Ariffin dan Nora Danish, Erry Putra pula buat hal..

Mak Jah terpaksa gadai barang kemas selepas disahkan kanser tahap 4

“Nak marah..tapi kena sabar”, anak buat ikan macam mainan jadi perhatian

CATEGORIES