Akhirnya Presiden Afghanistan yang digulingkan bersuara

Akhirnya Presiden Afghanistan yang digulingkan bersuara. Presiden Afghanistan yang digulingkan, Asheaf Ghani semalam menyatakan dia menyokong rundingan dilakukan antara Taliban dengan bekas pegawai kerajaan terdahulu.

Ashraf juga menolak tuduhan yang mendakwa beliau memindahkan sejumlah wang ke luar negara sebelum melarikan diri ke Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Ashraf yang pertama kali bersuara selepas Taliban menguasai Afghanistan berulang kali menegaskan tindakannya melarikan diri adalah bagi mengelakkan pertumpahan darah yang lebih teruk.

Ashraf menerusi rakaman audio yang disiarkan dalam akaun Facebooknya memberitahu, beliau tidak mempunyai niat untuk terus berada di UAE dan merancang untuk pulang semula ke Afghanistan.

Presiden

“Ketika ini, saya berada di UAE supaya pertumpahan darah dan pergolakan dapat dihentikan segera.

“Saya menyokong kuat perbincangan antara Taliban dengan bekas pegawai kerajaan terdahulu. Saya benar-benar mahu proses ini berjaya,” katanya.

Ashraf juga memberitahu, beliau kini ‘diletakkan di bawah perundangan hak asasi manusia’ oleh pihak berkuasa UAE.

Sementara itu, Ashraf menolak dakwaan menyatakan dia ‘menjual Afghanistan’ dengan melarikan diri.

Tegas beliau, dakwaan tersebut tidak berasas sama sekali.

Berita Penuh : https://www.utusan.com.my/luar-negara/2021/08/presiden-afghanistan-yang-digulingkan-nafi-larikan-diri/

BACa: Zahid serah kepada kebijaksanaan Agong pilih calon PM

CATEGORIES