Akhirnya Muhyiddin termakan umpan Zahid

Akhirnya Muhyiddin termakan umpan Zahid. DS Zahid mengadakan Sidang Media semalam, 3 Ogos 2021 bersama 11 orang Ahli Parlimen menyatakan tarik sokongan kepada Kerajaan PN. 1 orang Menteri PN istihar letak jawatan serta merta.

DS Zahid, Presiden UMNO mengatakan TS Mahiaddin, Perdana Menteri Kerajaan PN telah hilang Majoriti dan patut letak jawatan serta merta.

TS Mahiaddin gelabah, Pihak PN menelefon YB2 dari Pembangkang untuk mendapatkan sokongan bagi mengekalkan Kerajaan PN.

PM Muhyiddin can still exercise executive powers, says Malaysia's A-G, SE Asia News & Top Stories - The Straits Times

Akhirnya pada 4 Ogos 2021 beliau mengadap YDP Agong, bagitau beliau masih cukup majoriti 12.30 tengahari tadi. 8 SD dari Umno yang tarik diri tidak mengugat Kerajaan sedia ada. Mereka masih lagi ada Majoriti dan bersedia untuk bawa Usul Undi Percaya pada Sidang Dewan September 2021 nanti.

Petang tadi juga, DS Zahid memakluman memang sah dia hantar 8 SD sahaja. Petang ni juga dia telah menghantar warkah tambahan kepada 8 SD sedia ada.

Tujuan Zahid hantar 8 SD awal ada motif, dia dan pemimpin Pembangkang lain nak kenal pasti siapa Musang berbulu ayam dalam parti masing masing. Kini Senarai SD yang sokong TS Mahiaddin sudah diserahkan kepada YDP Agong.

Jika senarai itu terdedah, maka Pembangkang dan UMNO kenal siapakah talibarut Kerajaan PN yang sokong ikut belakang Kerajaan PN yang selama ini menjadi talian hayat mereka.

8 SD awal masih belum menumbangkang Kerajaan PN, yang ada 114 MP sahaja?

Bermakna PN sebenarnya ada 106 MP sahaja lepas 8 MP Umno tarik diri.

Untuk dapat Majoriti Mudah, PN perlu ada 111 orang. Dari mana datang 5+ MP hantu tersebut jika bukan dari Blok Pembangkang? Senarainya sudah ada pada YDP Agong, DS Najib dan DS Anwar boleh minta kot?

Bila 5+ MP Hantu diketahui. DS Zahid umum dia akan tambah lagi SD petang ini.

Beliau kena ada minimum 15 SD untuk cover 5+ MP dalam Pembangkang yang akan berpaling tadah/pengkhianat jika hendak tumbangkan Kerajaan PN yang dipimpin oleh TS Mahiaddin.

Dijangka ramai lagi Ahli Parlimen UMNO akan tinggalkan Kerajaan PN dalam tempoh berberapa harini. DS Zahid tidak istihar serentak, cekap bab ni.

Tidak perlu menunggu sampai bulan September 2021, DS Zahid bagi list tambahan baru, TS Mahiaddin kena pergi ke Istana Negara semula untuk mengesahkan dia ada majoriti ke tidak.

Kalini TS Mahiaddin InsyaAllah Takkan cukup bilang.

Cermat kalini strategi DS Zahid. Untuk tumbangkan PN, beliau perlu rangka strategi khas untuk lawan Pengkhianat dalam Pengkhianatan.

Apapun kita pakat tunggu lah, samada TS Mahiaddin akan dipanggil lagi ke Istana atau terus kepada Sidang Parlimen Khas untuk tentukan keabsahannya sebagai PM.

Jom Selamatkan Negara. Sama-sama Doakan Semoga Kerajaan Pintu Belakang/Tebuk Atap ini tumbang.

Sumber :

BACA JUGA : Muhyiddin hanya fokus “bagaimana nak kekalkan kuasa”