Akhirnya Bung Mokhtar letak jawatan

Akhirnya Bung Mokhtar letak jawatan. Datuk Seri Bung Moktar Radin hari ini mengumumkan peletakan jawatan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) berkuat kuasa serta-merta selepas mengetuai badan induk bola sepak Sabah itu sejak Jun 2021.

Peletakan jawatan itu dipercayai ada kaitan dengan tindakannya selaku Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah dan Ketua UMNO Sabah membawa keluar BN daripada kerajaan negeri selepas hilang kepercayaan terhadap Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Sebelum dilantik sebagai Presiden SAFA, Bung Moktar memangku jawatan berkenaan selama enam bulan berikutan sokongan sebulat suara Ahli Majlis Tertinggi SAFA pada Disember 2020.

Baca Artikel Penuh