Akar umbi Umno zahir rasa terkilan, MP belakangi keputusan parti

Umno Bahagian Maran kecewa terhadap kenyataan Ahli Parlimen bahagian itu, Ismail Abd Muttalib yang membuat pengumuman terbuka menyokong penuh Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin dan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Ketua Umno Maran, Shahaniza Shamsuddin berkata, pihaknya kecewa dengan kenyataan Ismail yang disifatkan sebagai membelakangi keputusan parti.

“Umno Maran zahirkan rasa dukacita dan kekecewaan dengan Ahli Parlimen Maran khusus berkait sokongannya terhadap Perdana Menteri yang secara tidak langsung membelakangi dan bercanggah dengan kehendak serta keputusan parti.

umno

Ketua Umno Bahagian menyelar tindakan Ahli Parlimen belakangi parti dan sokong Perdana Menteri. 

“Jadi kita mahu mengingatkan semua ahli parti di semua peringkat untuk menghayati slogan Bersatu-Bersetia-Berkhidmat serta prinsip-prinsip Rukun Negara.

“Usaha membantu rakyat juga mesti terus menjadi agenda utama untuk dilaksanakan,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Pada 3 Ogos lalu, Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi, mengumumkan parti itu menarik balik sokongan terhadap kerajaan PN dan Muhyiddin.

Namun semalam, Ahli Parlimen Maran Ismail Abd Muttalib menyatakan sokongan penuh kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Muhyiddin.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan turut menegaskan aspirasi mempertahankan institusi Raja-raja Melayu terus menjadi asas pedoman parti itu.

Sementara itu, Ketua Umno Bahagian Kuala Kangsar Maslin Sham Razman mengingatkan semua pihak khususnya Ahli Parlimen Kuala Kangsar agar mematuhi keputusan yang dibuat oleh Majlis Kerja Tertinggi (MKT).

Beliau yang turut membantah berkata, tindakan berani beberapa Ahli Parlimen Umno yang secara terang-terangan menentang keputusan yang dibuat oleh parti dianggap amat mengecewakan.

“Tindakan seumpama ini khususnya oleh mereka yang telah diangkat oleh parti dan beroleh pelbagai kedudukan kerana dukungan yang diberikan oleh ahli-ahli akar umbi, amat mengecewakan,” katanya dalam kenyataan.

Berita Penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/08/05/ketua-umno-bahagian-selar-tindakan-berani-ahli-parlimen-belakangi-parti/

BACA JUGA : Panas !!! Pas dukacita dengan tindakan Presiden Umno