Akar umbi Pas lebih selesa dengan Muafakat Nasional berbanding Perikatan Nasional

Akar umbi Pas lebih selesa dengan Muafakat Nasional berbanding Perikatan Nasional

Ahli Parlimen Padang Rengas, Nazri Abdul Aziz menyifatkan kenyataan bersama PAS dan Bersatu yang menyatakan ingi mengukuhkan kerjasama bagi pilihan raya umum (PRU) akan datang sebagai “drama politik” pemimpin atasan.

Sebaliknya, kata Nazri, akar umbi PAS tetap memilih kerjasama dengan Umno melalui Muafakat Nasional (MN).

“Yang di atas tu semua drama politik. Ini semua window dressing (muslihat untuk beri gambaran salah).

“Yang penting dalam PRU adalah akar umbi,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Diminta mengulas sama ada dia berpandangan penyokong PAS lebih cenderung menyokong Umno berbanding Bersatu, Nazri berkata: “Ya, di akar umbi mereka (ahli PAS) lebih memilih Umno,” katanya.

Kenyataan bersama PAS dengan Bersatu hadir di tengah gesaan Umno agar PAS menyatakan pendirian sama ada memilih bersama Umno atau Perikatan Nasional (PN).

Perhimpunan Agung Umno (PAU) hujung minggu lalu mencapai sepakat untuk keluar dari PN tetapi menyerahkan garis masa kepada presiden parti Ahmad Zahid Hamidi untuk memutuskannya.

Umno juga memutuskan akan memutuskan hubungan dengan Bersatu pada PRU ke-15 tetapi tetap berharap dapat menjalin kesepakatan dengan PAS, yang kini dilihat turut menyokong Bersatu.

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi semasa PAU mengingatkan PAS bahawa melalui MN kedua-dua parti telah bersetuju untuk tidak tergesa-gesa bergabung dengan pakatan baru, dan mereka perlu berdiri bersama agar mereka dapat memenangi lebih banyak kerusi.

Kenyataan Zahid itu dilihat sebagai pujukan Umno agar PAS memilih bersama mereka dan memutuskan kerjasama dengan Bersatu.

Nazri, bagaimanapun, tidak bersetuju dengan kenyataan Zahid itu.

“Saya tidak setuju dengan pernyataannya (Zahid). Itu bukan terpulang kepada dia. Perkara itu mesti diputuskan parti (PAS) sendiri,” katanya

Berita Penuh :https://www.malaysiakini.com/news/568885

COMMENTS