Perbahasan mengenai isu tudung yang dipakai oleh petugas kesihatan membawa kepada isu racist yang tidak sepatutnya. Ramai yang seolah-olah tidak dapat membezakan antara pemakaian agama dan pemakaian atas faktor kesihatan terutama dalam melawan wabak seperti Covid-19 ini.
Bagaimanapun perdebatan itu ternyata menyebabkan ramai petugas kesihatan bukan Islam tampil mempertahankan tindakan mengenakan pakaian seolah tudung itu kerana ia adalah keperluan utama dalam misi menjaga keselamatan diri.
Antaranya, Puan Malarsanthi Santherasegapan yang tampil di facebooknya mempertahankan tindakan itu. Menurut beliau “Agama saya Hindu tak meminta saya pakai tudung nih.. Tapi bangsa saya, Bangsa Healthcare Workers meWAJIBkan pemakaian TUDUNG nih..”
Beliau turut menempelak golongan yang asyik berdebat dan menyindir dengan nada racist berhubung tindakan itu dengan menyebut “Jadi setan setan RACIST kat luar tuh, plz be ashamed of yourselves!!TUDUNG is part of my PPE !! And i am a HINDU!”
Syabas kak. Semoga gologan racist berhenti menjadikan isu ini sebagai perkauman…
Sumber :