Ajaran sesat PMYT, Polis mula kesan individu terlibat

Polis mengenal pasti individu yang terlibat dengan ajaran sesat Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT), kata Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani.

Menurutnya, siasatan lengkap sedang dijalankan.

Sebelum ini media melaporkan, dengan menggunakan gelaran Sittah Annur, seorang wanita berusia 39 tahun mendakwa kononnya akan berlaku Perang Dunia Ketiga bermula di Sabah dan memimpin pasukannya bagi mencari Imam Mahdi untuk melawan musuh.

Ajaran sesat PMYT, Polis mula kesan individu terlibat

Wanita itu yang dikaitkan dengan usaha mengembangkan ajaran diasaskannya dikenali sebagai PMYT yang dipercayai bertentangan dengan ajaran Islam sebenar.

Individu berasal dari Kelantan dan menetap di Shah Alam itu dikesan sejak enam bulan lalu menggunakan media sosial untuk berkongsi pelbagai dakwaan dan ramalan pelik.

AKAN MENYUSUL

Berita Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/159087/BERITA/Semasa/Polis-kenal-pasti-individu-terlibat-ajaran-sesat-PMYT

BACA JUGA : Bilal terkejut lihat najis bersepah, Al Quran dikoyak dalam surau