Aircond rosak, penumpang MAS kepanasan macam dalam ‘oven’, “nak buka tingkap arwah pulak nanti..”Selain menggunakan perkhidmatan pengangkutan darat, ramai orang lebih memilih menggunakan pengangkutan udara seperti kapal terbang untuk ke destinasi pilihan.
Terbaharu, penumpang penerbangan Malaysia Airlines dari Kuala Lumpur ke Sabah telah meluahkan kekecewaan mereka apabila dibiarkan kepanasan dalam kapal terbang disebabkan penghawa dingin rosak.
Menerusi video yang dikongsi kembali oleh pengguna Twitter @anthraxxx781, dapat dilihat para penumpang kepanasan dibiarkan dalam kapal terbang selama sejam dan anak-anak kecil juga menangis kerana tidak tahan.
Difahamkan, selain daripada dibiarkan kepanasan, penerbangan juga telah delayed selama 2 jam. Perkongsian tersebut meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen menzahirkan rasa kasihan kepada penumpang kerana dibiarkan berpanas dalam kapal terbang selama satu jam.
— * (@anthraxxx781) May 8, 2022
Bukan itu sahaja, para netizen juga berasa kecewa dengan layanan perkhidmatan yang diberikan oleh syarikat penerbangan itu. Malah, rata-rata netizen juga tidak sangka hal seperti ini boleh terjadi.
— * (@anthraxxx781) May 8, 2022
Para netizen turut mengatakan ketika ini syarikat penerbangan telah menerima banyak permintaan dan masalah seperti ini tidak seharusnya terjadi. Walau bagaimanapun, belum ada sebarang kenyataan dikeluarkan oleh Malaysia Airlines berhubung kejadian tersebut.
BACA:
Cincin melekat pada kemaluan, terpaksa tahan lebih sejam, sekali ini yang jadi
Malaysia berada di ranking no.1 di Asia, paling ramai layan web porno