Air naik balik di Hulu Langat cetus kebimbangan penduduk

Air naik balik di Hulu Langat cetus kebimbangan penduduk.Kawasan Tuntung di Hulu Langat mula dinaiki air selepas Sungai Lui didapati meningkat semula dan mencetuskan kebimbangan penduduk.

Pengerusi Yayasan Raja Shamri, Raja Shamri Raja Hussin berkata, air mula melimpah dari sungai berkenaan selepas hujan lebat.

“Info dari sahabat saya Syah yang berada di Sungai Lui dalam keadaan alert.

“Hujan di bahagian hulu, ada tempat dah start naik air. Kawasan di Tuntung, Sungai Lui hujan lebat. Tuntung dah mula banjir. Sahabat di Sungai Lui dan sekitar beringat. Air naik dengan cepat, maklumkan semua orang.

“Aku di Sungai Lui tengah berkemas nak balik Puchong,” katanya menerusi akaun Facebooknya sebentar tadi.

Air Sungai Lui didakwa meningkat dan melimpah selepas hujan lebat.
Beliau turut meminta orang ramai supaya membawa keluar kenderaan dan dokumen penting serta menyelamatkan diri termasuk keluarga masing-masing.

Sementara itu, Sinar Harian turut menghubungi pihak berkuasa bagi mendapatkan pengesahan.

BACA JUGA:

Selepas diarahkan barulah menteri kabinet balik dari bercuti di luar negara
Isteri tiba-tiba diceraikan talak tiga ketika live tiktok, hampir 3 ribu penonton tercengang
Ramai puji kecantikan isteri Fizo Omar, sekali Mawar pun masuk komen

Artikel ini disiarkan pada 27/12/2021

COMMENTS