Air longkang bertukar biru, disangka keajaiban rupanya…

Pihak pengurusan sebuah kilang sarung tangan getah di sini yang menyangka tiada penguatkuasaan semasa cuti umum mengundang padah apabila digempur selepas melepaskan sisa air tanpa rawatan ke dalam longkang awam pada Sabtu.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) dalam satu kenyataan di Facebook pada Ahad memaklumkan, tindakan premis terbabit menyebabkan berlaku pencemaran di Sungai Labu di sini.

Menurut kenyataan itu, hasil siasatan mendapati premis itu melepaskan sisa air ke longkang awam tanpa dirawat melalui Sistem Pengolahan Efluen (SPE).

Air longkang bertukar biru, disangka keajaiban rupanya...

Sebuah kilang sarung tangan getah didapati melepaskan sisa air tanpa rawatan ke dalam longkang awam pada Sabtu. -Foto Sinar Harian

“JAS telah mengambil tindakan tegas terhadap kilang terbabit yang ketika itu sedang melakukan pelepasan sisa air berwarna biru melalui saluran paip pelepasan akhir,” katanya.

Kenyataan itu juga memberitahu, JAS menahan operasi kelengkapan kilang berkenaan bagi menghentikan pencemaran itu serta merta.

“Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) di bawah Seksyen 38(1)(a), Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 bagi menghentikan segera pencemaran dan untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 25, Akta yang sama dan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009,” menurut kenyataan itu.

Berita Penuh : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/air-longkang-warna-biru-315423

BACA JUGA : Panas !!! Pemimpin Bersatu bertegas kerajaan baharu ini adalah kerajaan PN

COMMENTS

Wordpress (0)