Masihkah kita ingat kepada adik Ainul Mardhiah. Alhamdulillah di kini adik Ainul Mardhiah telah menjalani kehidupan seperti kanak-kanak yang lain.
Kita masih ingat bagaimana mantan YAB Ketua Menteri Melaka Saudara Adly Zahari mengumumkan segala kos perbelanjaan dan operasi pembedahan di tanggung oleh kerajaan Negeri Melaka ketika itu. Lebih membanggakan operasi pembedahan diketuai oleh rakyat Malaysia iaitu Dr Amalina. Menerusi ciapan beliau di akaun twitternya:-
Hari ini, genap setahun Ainul Mardhiah dibedah. Tidak sangka cepat sungguh masa berlalu. Kini, Ainul seorang bayi yang sangat ceria dan banyak keletah. Terima kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dengan pembedahan ini.
Sumber :