Aina Abdul kenang pernah dapat RM50 nyanyi 20 lagu

Aina Abdul kenang pernah dapat RM50 nyanyi 20 lagu

Aina Abdul kenang pernah dapat RM50 nyanyi 20 lagu. Seperti diketahui umum, penyanyi terkenal Aina Abdul mempunyai suara yang boleh menyanyi dengan begitu santai. Baru-baru ini, dia mendedahkan bahawa dia pernah mempunyai masa yang sukar sebelum menjadi terkenal.

Menurut sumber, pelantun lagu Shadow itu pernah menyanyikan 20 lagu tetapi hanya dibayar RM50 untuk persembahan satu malam. Malah, keuntungan itu dibahagikan dengan lima ahli band lain pada masa itu.

Namun baginya, itulah pengorbanan yang perlu dilakukan demi merealisasikan impian seperti kehidupannya berjaya sekarang.

Bukan itu sahaja, dia pernah membuat persembahan di hadapan dua atau tiga orang penonton sahaja dan ada ketika, tanpa penonton dengan menyanyi tiga malam berturut-turut.

Bagi memenuhi impiannya untuk menjadi penyanyi sehebat sekarang, dia perlu tabahkan hati dengan berpegang kepada prinsip impian mesti diteruskan walaupun tiada wang mahupun penonton.

Aina Abdul kenang pernah dapat RM50 nyanyi 20 lagu

“Ramai tidak tahu saya pernah menyanyikan lagu tema filem Tombiruo: Penunggu Rimba. Ketika itu, saya tidak begitu dikenali. Jadi, apabila Sumpah berjaya menembusi carta radio dan diterima ramai, saya tidak boleh berundur,” ujarnya menerusi laporan.

Penyanyi yang berusia 28 tahun itu akan terus berusaha untuk menampilkan imej baik dan menghasilkan karya dalam industri seni ini walaupun berdepan kritikan dan kecaman daripada segelintir netizen mengenai fesyennya yang ‘pelik’.

Fesyen Aina Abdul yang ‘pelik’ selalu menjadi bualan ramai tetapi dia tidak ambil peduli dengan kecaman itu kerana itulah bayaran untuk impiannya.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh AINA ABDUL (@ainaabdul)

BACA:

Mesyuarat BN sahkan tidak calonkan Muhyiddin PM-10, terbuka tubuh kerajaan dengan parti lain

Pemuda tular ‘join’ semua parti dedah realiti politik sebenar di Malaysia

Mesyuarat BN: Ismail sahkan tidak sokong PH dan PN

CATEGORIES