Aina Abdul dikecam peminat, “Tiket konsert mahal dah macam level Tokti”

Aina Abdul dikecam peminat, “Tiket konsert mahal dah macam level Tokti”.Peminat hiburan tanah air terkejut apabila mendapati harga tiket konsert A Night with Aina Abdul di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada Jun depan ‘laku keras’ walaupun mencecah sehingga RM1,199 sekeping.

Harga tiket itu menjadi perdebatan dalam kalangan netizen selepas ia tular di medial sosial yang menunjukkan harga-harga tiket mengikut kelas.

Tiket konsert pada 25 dan 26 Jun depan itu berharga antara RM109 (102 tempat duduk) hingga RM1199 (21 tempat duduk).

Tangkap layar dimuat naik seorang pengguna berhubung harga tiket konsert Aina Abdul
Tinjauan Kosmo! di laman sesawang Ticket2u.com mendapati tiket untuk dua kategori itu telah habis dijual.

Perbezaan harga telah menyebabkan beberapa netizen meluahkan kekecewaan mereka di Twitter.

“Lagu dah banyak macam Datuk Siti ke sampai letak harga tiket begitu,” luah @AdikManja97

“Aina Abdul siapa kamu? Tiket Yuna di Istana Budaya lebih murah,” komen Hiatus.

Walaupun begitu, ada juga netizen yang sokong dan faham mengapa harga tiket konsert itu berharga sedemikian.

“Teknik vokal yang dimiliki Aina adalah luar biasa, hinggakan Datuk Siti juga membuat lagu untuk Aina, jadi berbaloi untuk harga yang begitu,” kata @encahtressfish.

“Dengan bakat yang dimiliki Aina, harga itu tidak patut dipersoalkan,” ujar @Syafiqihkmal.
TONTON :

BACA:

PH dan PN dijangka bentuk gabungan baharu

Touch n Go mula agihkan kad NFC terbaru, tiada lagi alasan baki kurang

Hanya gunakan cara ini, jenis daun seperti serai, halia, kantan boleh tahan setahun

CATEGORIES