Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, menghadapi kemungkinan digantung daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat
selama enam bulan berikutan dakwaannya mengenai surat layang yang mengandungi maklumat berkaitan dalang sebenar di sebalik pengambilalihan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).
Usul untuk menggantung Ahli Parlimen BERSATU itu terkandung dalam Aturan Urusan Mesyuarat (AUM) dan Usul-Usul bagi persidangan Dewan Rakyat esok.
Menurut aturan tersebut, usul berkenaan akan dibentangkan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri selepas sesi soal jawab.
Usul tersebut menyatakan bahawa Wan Ahmad Fayhsal didakwa membawa perhatian kepada satu surat layang yang tidak dapat mengenal pasti identiti pengadu dan ketepatan maklumat yang terkandung di dalamnya.
Dakwaan ini tidak hanya memberi kesan buruk kepada individu yang disasarkan tetapi juga secara umum kepada pegawai-pegawai agensi di bawah kementerian, yang mungkin mengalami ketidakadilan kerana tuduhan yang tidak berasas.
Ahli Parlimen diingatkan bahawa mereka tidak boleh membuat kenyataan yang boleh memburukkan imej atau reputasi mana-mana pegawai kerajaan selain daripada menjalankan tanggungjawab mereka sebagai wakil rakyat.
Dakwaan yang dibuat oleh Wan Ahmad Fayhsal dianggap sebagai tindakan yang menurunkan martabat pegawai-pegawai agensi di bawah kementeriannya yang bekerja keras untuk memajukan Malaysia. Dakwaan tersebut juga dianggap serius kerana ia boleh mencetuskan perasaan melawan pihak kerajaan.
Pada 1 Julai yang lalu, semasa sesi perbahasan di Dewan Rakyat, Wan Ahmad Fayhsal menuntut penjelasan berhubung keputusan penjualan sebahagian saham MAHB selepas menerima satu surat layang yang mendakwa ada ‘dalang’ di sebalik keputusan tersebut. Beliau turut menamakan individu yang didakwa sebagai pegawai atasan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Sebelum ini, Wan Ahmad Fayhsal telah mengemukakan usul untuk menangguhkan atau membatalkan penjualan saham MAHB kepada syarikat BlackRock dan Global Infrastructure Partners (GIP), tetapi usul tersebut ditolak oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.
Pegawai kepada Wan Ahmad Fayhsal mengesahkan bahawa Ahli Parlimen itu akan mengadakan sidang media di Parlimen selepas usul mengenai penggantungan tersebut dibentangkan esok.
BACA: “Ngam lepas kami langsungkan perkahwinan, terus aku rasa kehidupan macam kena control dengan mertua”