Ahli parlimen BN saran bubar parlimen lagi, kali ini dalam parlimen pula

Datuk Ahmad Jazlan Yaakub (BN-Machang) meminta Parlimen dibubarkan dalam tempoh terdekat bagi membolehkan pilihan raya diadakan segera.

Beliau berkata, mandat perlu dikembalikan kepada rakyat untuk memilih kerajaan yang diyakini mampu mentadbir negara dengan lebih baik.

“Saya mohon untuk melahirkan pandangan peribadi saya, pada hemat saya Parlimen harus dibubarkan dalam tempoh terdekat untuk memberi kembali mandat kepada rakyat.

“Ia bagi menentukan sebuah kerajaan yang bakal mereka pilih bagi memastikan pihak manakah yang akan diberi kepercayaan untuk mentadbir negara,” katanya ketika membahaskan Titah Diraja pada Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga, Parlimen ke-14 di Dewan Rakyat semalam.

Menurutnya, melalui pilihan raya semula itu, ia akan menentukan kerajaan sebenar yang diingini rakyat tanpa perlu dipertikaikan oleh pihak lain.

Katanya, dalam menghadapi cabaran besar pada tahun akan datang, sesebuah kerajaan perlu kukuh dan mendapat mandat daripada rakyat.

Berita Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/93077/BERITA/Politik/Saran-bubar-Parlimen-dalam-masa-terdekat